Pemulihan (717-1025) Empayar Byzantium

Maharaja Basil II (976–1025), "Pembunuh orang Bulgar".

Pada tahun 717, orang Arab dikalahkan di Constantinople yang menyaksikan berakhirnya ancaman Arab di timur. Di barat, empayar melancarkan peperangan dengan orang Bulgar. Sesetengah serangan ini berjaya tetapi ada juga yang gagal dan menyebabkan kematian ramai maharaja. Empayar Bizantium bagaimanapun menjadi kuat kerana musuh-musuhnya berperang sesama sendiri.

Pemulihan di barat

Antara tahun 1007-1014, Maharaja Basil II kerap menyerang Bulgaria sehingga dapat menawan kembali Greece. Beliau kemudian berjaya menawan Bulgaria pada tahun 1018.

Pemulihan di timur

Di timur, orang Arab sekali lagi menjadi ancaman kepada Empayar. Serangan Maharaja Basil II bagaimanapun berjaya dan sebahagian dari Syria kembali ke tangan empayar selain dari Turki dan Armenia. Selepas 1025, Arab tidak lagi menjadi ancaman kepada empayar.